Tuesday, January 8, 2013
Happy New Year 2013
"Happy New Year 2013"!! Sekejap jer dah masuk tahun baru. Apa azam semua orang tahun ini?. Seperti biasalah semua orang harap kehidupan yang lebih baik dari tahun lepas. Alhamdulillah, walaupun baru jer berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecil-kecilan @ online- produk yang kami jual iaitu "Tabita Skin Care" mendapat sambutan yang baik. Kebanyakkan pelanggan berpuas hati dengan produk ini dan ada yang telah memperkenalkan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. "Terima kasih kerana secara tidak langsung membantu kami dalam bahagian promosi". Memang kalau dilihat melalui blog ini, kami jarang sekali mengupdatekan sebarang pembelian atau testimonial. Kami ni sebenarnya adalah ibu-ibu yang bekerja di pejabat dan dirumah. Adakalanya kami tak sempat pun nak check blog. Mungkin ada yang fikir produk kami ni tak ada yang nak beli. Tapi tak sebenarnya. Hari-hari dapat email dengan bbm. Ramai yang bertanyakan pasal produk ni. Sampaikan tak menang tangan nak melayan semua soalan. Bersyukur sangat kerana Allah memberi rezeki yang baik pada kami tahun lepas. Oklah dah tak boleh tulis panjang-panjang. Harapan "Glitterz Mummy" semoga segalanya akan lebih lancar dan lebih sukses dari tahun yang sebelumnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)